Thursday 3 May 2012

Program Motivasi "Lambaian Kejayaan"

Assalamualaikum..wbt..

Kali ini SKSB mengadakan Program Motivasi " Lambaian Kejayaan " buat anak-anak tahap dua di sini. Program Motivasi " Lambaian Kejayaan ". ini adalah bertujuan membentuk dan melahirkan satu semangat kepada anak-anak dan juga ibu bapa SK Sungai Bayor untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan kelak. Hari ini merupakan hari bersejarah kepada anak-anak sungai bayor kerana program ini memberi kesan yang mendalam kepada mereka. Kehadiran Ibu bapa juga agak memberangsangkan di mana kehadiran mereka seramai 100 orang sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka atas kesedaran pentingnya "Lambaian Kejayaan" ini.

SKSB mensasarkan seramai 10 orang pelajar mendapat keputusan penuh 6 A dalam semua subjek dan diharap program "Lambaian Kejayaan" ini adalah landasan yang terbaik buat anak-anak tahun enam SKSB sebagai persediaan atau pecutan awal untuk membuktikan bahawa mereka boleh berjaya dengan cemerlang.

Penceramah motivasi yang dijemput khas iaitu Encik Mohd Khir Hadi memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak, ibu bapa dan juga guru SKSB. Selain itu juga program ini dirasmikan oleh bekas pelajar, bapa angkat dan pengerusi serta mantan Pengarah Kastam Negeri Perak dan juga Pengerusi persatuan anak-anak Sungai Bayor di Kuala Lumpur iaitu Dato' Mohd Sehan B. Awang Aim. Kehadiran beliau memberi perangsang buat anak-anak SKSB untuk terus berjaya dan menjadi orang kenamaan kelak. InsyaAllah.

1

 2

 3

 4

 5

 6

 7

8

9

10

Hasrat warga SKSB adalah menjadikan anak-anak didik SKSB adalah yang terbaik dalam semua bidang aspek pendidikan, sukan dan juga kokurikulum. Kami semua warga pendidik mengharapkan yang terbaik buat semua pelajar dalam menghadapi peperikaan UPSR pada tahun ini. Harapan setinggi gunung ini adalah satu harapan yang tidak ternilai dari kami semua terutama guru-guru tahun 6. Kami mengharapkan kalian semua BERJAYA!!! YAKIN BOLEH!!!














PROGRAM MOTIVASI


Kepada semua Ibu Bapa Di jemput Hadir pada ketetapan berikut :


" Setiap Murid Punyai Potensi Diri"