Monday 29 October 2012

Sukan Pasca UPSR I

Assalamualaikum...wbt....


Sedikit sebanyak yang boleh SKSBAYORIAN kongsikan kepada warga dan khalayak Seluruh dunia mungkin......



Nyayian Lagu Sekolah





Sunday 28 October 2012

Logi Rawatan Air LMS : Sungai Seputih


Assalamualaikum...wbt...


Ambil nafas tengok-tengok gambar dulu .......







24 Oktober 2012, Satu lawatan sambil belajar tahun 6 - PASCA UPSR diadakan di Loji Rawatan Air Sg. seputih. Loji Rawatan air ini berhampiran dengan SK Sg. Seputih dan pusat Ko dimana kami telah mengadakan aktiviti luar biasa iaitu berakit pada minggu sebelumnya. Lawatan ini disertai oleh 60 pelajar tahun 6 dengan mengayuh basikal sejauh 5 kilometer untuk sampai ke destinasi. Kedudukan loji rawatan air pula berada di atas bukit dimana ketinggiannya adalah setinggi bangunan 20 tingkat, semua murid terpaksa memipin basikal ke atas.



Loji Rawatan air Sg Seputih membekalkan air ke serata kawasan selama dan juga menjangkau kawasan Kubu Gajah. Fungsi Loji rawatan air ini adalah bertujuan menapis air dan merawat air yang dibekalkan diloji itu melalui sungai dari bukit. proses penapisan dan rawatan ini dilakukan pada setiap hari, air yang dirawat akan di periksa pula oleh wakil daripada kementerian kesihatan untuk memastikan kebersihan dan kejernihan air. Jika proses kebersihan dan kejernihan air tidak mematuhi piawaian maka tindakan susulan akan dikenakan kepada pekerja dan juga penyeliayang bertugas.



Loji rawatan air ini mempuyai seramai 6 orang pekerja termasuk seorang penyelia bagi memantau dan merawat air yang ditapis. Proses rawatan air dilakukan setiap 2jam dan mempunyai indikasi tertentu untuk memastikan air sentiasa bersih dan jernih. Jika sesuatu berlaku kecemasan pada sesuatu masa seluruh Selama akan mengalami masalah air malah Kubu Gajah juga mengalami masalah yang sama. Pokok pangkal jika berlaku masalah utama kebersihan adalah di Loji rawatan ini. Inilah yang ingin kita gambarkan kepada semua murid bagi menimba ilmu pengetahuan yang lebih daripada murid yang belum pernah melawat dan dapat melawat ke tempat-tempat sebegini yang mana ia sama juga lawatan kali pertama tahun enam ke Kilang sos pada awal PSACA UPSR yang lalu.


Apa yang diharapkan adalah pengetahuan am dan pengetahuan umum yang tinggi bagi murid-murid tahun enam ini sebelum menghadapi alam persekolah menegah pada tahun hadapan. aktiviti ini juga mengharapkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat dan juga para pekerja luar sekolah dapat dijalinkan bersama. Kami dipihak SKSBAYOR mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Loji Rawatan Air Daerah LMS atas kesudian menerima lawatan kami ke Loji. 


Diharap jika ada kelapangan, kami akan bersama lagi untuk membawa generasi akan datang untuk menimba ilmu dan juga pengalaman yang tidak akan dapat di tempat lain dalam industri yang lain, jesteru itu, kami amat berbangga kerana jika tiada pihak seperti Loji Rawatan Air ini, sudah pasti kami tidak dapat menerima bekalan air yang baik, bersih dan sihat. Terima Kasih juga kami ucapakan kepada Guru Besar SKSBAYOR kerana sudi bersama-sama menyertai lawatan ini. KAMI LUAR BIASA.






   


Luar Biasa Cikgu Shamshul Kamar

Assalamualaikum...wbt...



SELAMAT DATANG........




Cikgu Shamshul Kamar.

Di Zon Selama siapa yang tidak kenal beliau?

sifu "Bola Baling Zon Selama dan juga daerah LMS dan NEGERI PERAK",

Kini beliau berada di SKSBAYOR, kehadiran beliau ke SKSBAYOR adalah sangat dialu-alukan kerana semangat dan keprofesionalisma bekerja. kehadiran beliau amat diperlukan di SKSBAYOR. Ketiadaan Puan Latipah Harun di jawatan PK 1 adalah sangat dirasai, kini kami memperolehi seorang pengganti PK 1 yang baru dan juga permata di setiap Sekolah yang beliau tadbir. Sudah pasti kehilangannya di SKSDENDANG pasti dirasi sekalian umat di sana.


Yang pergi tetap pergi, yang mendatang kita merai....


Khidmatnya sebagai PK HEM di SKSDENDANG selama beberapa tahun lamanya ditamatkan dengan kenaikkan pangkat ke PK 1 SKSBAYOR. kehadiran beliau menambahkan lagi bilangan guru lelaki SKSBAYOR yang sudah lama ketandusan guru lelaki. Kedatangan beliau adalah selepas sahabat baiknya iaitu Cikgu Berhanuddin yang berpindah ke SKSBAYOR pada bulan Ogos yang lalu sebagai PK KOKO. Kehadiran dua orang kuat di ZON SELAMA ini adalah sangat membanggakan SKSBAYOR. Diharap kehadiran Cikgu Shamshul dapat memberikan impak yang sama semasa beliau berada di SKSDENDANG.

Tahniah diucapkan kepada cikgu Shamshul kerana kenaikkan pangkat beliau. Khidmat beliau sudah pasti sangat diperlukan di SKSBAYOR kerana kekosongan jawatan PK 1.

Selamat menjadi :




"Berjalan jauh ke pekan hari
membeli rambutan di kedai Pak Lan
orang dinanti sudah ke mari
selamat datang Cikgu Shamshul kami ucapkan"


Kini SKSBAYOR lebih Luar Biasa.