Wednesday 9 May 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar

Assalamualaikum...wbt...

Kursus Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2012, akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 12 MEI 2012
Hari   : SABTU
Masa   : 8.00 a.m - 1300 pm



*Semoga program yang dirancang dapat dijalankan dengan penuh keberkatan dan dapat menjayakannya dengan sempurna. Guru-guru yang terlibat dapat bersama-sama kita jayakan program ini dengan cemerlang.

Monday 7 May 2012

Pelancaran Nilam Jauhari, Anugerah Keceriaan Kelas sempena Program Obsesi Keceriaan,Sambutan Hari Pekerja,Sambutan hari lahir warga guru & staf sokongan


Pada 30 April 2012 (Isnin) telah diadakan perhimpunan pagi di dataran SKSB.  Istimewanya perhimpunan pada kali ini ialah terdapat beberapa majlis yang akan dilangsungkan sempena beberapa peristiwa dan anugerah penting. Ibarat 4 in 1 la.. Pertama ialah Majlis Pelancaran Nilam Jauhari 2012, Kedua ialah Penyampaian Anugerah Keceriaan Kelas sempena Program Obsesi Keceriaan, Ketiga, Penyampaian Hadiah kepada warga staf sokongan sempena Hari Pekerja dan Majlis Sambutan Hari Jadi Warga Guru dan Staf Sokongan bagi bulan April.

Alhamdulillah, kesemua majlis ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada GB SKSB, En. Sanusi B. Hamid serta para pentadbir dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas keprihatinan kalian menjaga kebajikan warga SKSB.  Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dalam setiap usaha yang dilakukan!  

Guru menjadi payung sekolah
Jauh mula tampak
Dekat mula bersua
Rimbun tempat berteduh
Hebat tempat berlindung
Kukuh tempat bersandar
Wajib dihormati
Pantang dikhianati
Damar batu damar keluluk
Belah kundur tengok bijinya
Guru disanjung budinya elok
Tidak percaya selami hatinya

Layar SKSB....



MAJLIS PELANCARAN NILAM JAUHARI 2012

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.  

Seramai 27 orang murid mendapat anugerah PENCAPAIAN NILAM, 14 orang murid mendapat PENCAPAIAN EMAS, 21 orang murid mendapat PENCAPAIAN PERAK & 7 orang murid mendapat PENCAPAIAN GANGSA

Tahniah kepada mereka yang berjaya dan semoga anugerah seperti ini dapat menjadi pembakar semangat kepada warga murid SKSB untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.  MEMBACA BUDAYA KITA!







Anugerah Keceriaan Kelas sempena Program Obsesi Keceriaan....





Sambutan Hari Pekerja 










Sambutan hari lahir warga guru & staf sokongan












Sunday 6 May 2012

Mesyuarat KOKO

Assalamualaikum..wbt..

Sidang SKSB sekalian. Mesyuarat KOKO akan diadakan pada ketetapan berikut :

TARIKH : 09 MEI 2012
HARI   : RABU
MASA   : 2.OO P.M

Kehadiran semua sidang SKSB sekalian adalah wajib.

sidang sekalian jangan tidur ye waktu meeting...hehe..