Sunday 12 August 2012

SUKAN TAHUNAN SKSB 2012

Assalamualaikum...wbt...

Sukan tahunan SKSB pada tanggal 19 hb Julai 2012 yang lalu telah berjaya dijalankan dengan penuh gilang gemilangnya. Sukan tahunan pada tahun ini perasmian telah dirasmikan oleh Dato' Haji Muhammad Daud Bin Muhammad Yusoff. Terima Kasih Dato'.

Temasya kali ini adalah satu temasya sukan yang meriah dan penuh dengan semangat. Di mana setiap peserta melakukan larian, lompatan dan juga balingan dengan penuh semangat kesukanan. Kerjasama juga wujud disetiap rumah sukan dimana pengurusan setiap rumah sukan untuk menghantar wakil adalah sangat memuaskan hati semua pihak. 

Sukan Tahunan pada kali ini agak luar biasa dari pada tahun-tahun sebelumnya, ini adalah kerana setiap rumah sukan hendaklah bersama-sama membuat maskot bagi mewakili rumah sukan masing-masing. kerjasama wujud antara guru-guru rumah sukan bagi menyediakan pilihan maskot yang paling kreatif dan penuh kemeriahan. Wujud juga gimik dan persembahan yang menarik daripada adik adik PRASEKOLAH yang membuat tarian upaca pembukaan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Syabas adik-adik PRASEKOLAH!!

Juara sukan tahunan kali ini adalah disandang oleh RUMAH HIJAU!

Kedudukan Akhir Rumah Sukan 2012 :

1. Juara : Hijau.
2. N.Juara : Kuning.
3. Ketiga : Biru.
4. keempat : Merah

Rumah Hijau ditabalkan juara Olahraga tahunan pada tahun 2012. Rumah hijau telah berjaya merampas penyadang juara tahun lepas iaitu Rumah Kuning di mana rumah kuning dan biru mengikut rapat dibelakang rumah hijau dan rumah kuning berjaya merebut tempat kedua daripada rumah biru yang menguasai tempat kedua pada awalnya. manakala rumah merah mendapat tempat ke - 4. Namun semangat yang ditunjukkan oleh rumah merah sehingga tamat sukan adalah sangat membanggakan. Bagi rumah merah cuba lagi pada tahun hadapan.

Penyandang Olahragawan dan olahragawati Tahunan :

Olahragawan : Mohd Ammar bin Samsuri.
Olahragawati : Nur Syakirah bt Mohd Rosli.

Penyandang Olahragawan dan olahragawati Harapan :

Olahragawan Harapan : Mohd Aiman bin. Othman.
Olahragawati Harapan : Nur Akma

Pertandingan perbarisan :

1. Rumah biru.
2. Rumah kuning.
3. Rumah Hijau.
4. Rumah Merah.

Diharap pada tahun hadapan Olahraga Tahunan akan terus gilang gemilang dan terus maju dan terus 
"LUAR BIASA"