Monday 11 June 2012

Program Susu 1Malaysia!

HAPPY COW!

Program Susu 1Malaysia yang akan dinikmati  lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685 sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.



Tahniah warga SKSB atas kelancaran menjayakan program ini.
all for one.one for all 

















Guru Bertugas Minggu 21

Guru bertugas pada minggu ini ialah :

Pn. Ponlecthumy 
&
En. Abdul Hadi

Sebarang masalah boleh berjumpa mereka.

SELAMAT MEMASUKI SEMESTER 2 PERSEKOLAHAN....

Semester 2 persekolahan telah bermula pada hari ini.  Semoga seluruh warga SKSB dapat meneruskan perjuangan dengan lebih bersemangat untuk meneruskan misi masing-masing dalam mencapai matlamat/target yang ditetapkan sehingga akhir tahun ini.  Ikhlaskan hati dalam setiap perkara yang dilakukan,InsyaAllah kebaikan dan kesenangan akan datang kepada kita. Bak kata GB kita...more you give,more you get!

'we are under one roof'

p/s: bersedia untuk kejohanan sukan SKSB!