Tuesday 14 July 2015

PROGRAM-PROGRAM SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-58 2015 SEHATI SEJIWA SKSBAYORIAN!

Assalamualaikum... wbt..




SEHATI SEJIWA.

MERUPAKAN TEMA HARI KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2015

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DIUBAH KEPADA HARI KEBANGSAAN.

DENGAN BERBESAR HATI KAMI AKAN MENGANJURKAN BEBERAPA AKTIVITI 

BERKAITAN BERSEMPENA HARI KEBANGSAAN PADA TAHUN INI



1. KAYUHAN MERDEKA 2.0 2015.




2. KEJOHANAN FUTSAL MERDEKA JEMPUTAN SKSBAYORIAN 2015.




RASIONAL
Pertandingan ini adalah sebagai pencetus terjalinnya silaturahim “SEHATI, SEJIWA”        diantara guru-guru dan murid-murid sekolah di dalam bidang sukan kerana pertandingan ini buat julung-julung kalinya di anjurkan. Selain itu, guru-guru dapat membentuk murid-murid menjadi sebuah komuniti sukan dengan penambahan ilmu sukan seperti cara permainan, teknik bermain dan juga peraturan permainan ini.



Disamping itu juga pertandingan ini dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan guru-guru dan murid-murid di sekolah. Semangat ini akan membawa kepada hubungan yang erat di kalangan guru-guru dan staf di sekolah sekitar zon Selama berlandaskan tema “SEHATI, SEJIWA

OBJEKTIF
2.1         Menarik perhatian guru dan murid terhadap sukan dan kesihatan.
2.2         Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan dikalangan murid.
2.3         Memupuk hubungan yang baik di kalangan guru-guru dan muri-murid sekitar Zon Selama.
2.4         Memberikan kebebasan emosi tanggungan kerja guru di sekolah menjadikan kejohanan ini sebagai riadah.
2.5         Mencari bakat-bakat baru bagi mewakili zon selama pada masa akan datang.
2.6         Memberi kesedaran mengenai pentingnya sesebuah komuniti di dalam sesebuah Negara.
2.7         Menghayati erti dan nilai tema kemerdekaan iaitu “SEHATI, SEJIWA

KUMPULAN SASARAN

Sekolah-sekolah Kebangsaan Zon Selama.

MAKLUMAT PERTANDINGAN

4.1         Tarikh             : 12 September 2015.
4.2         Masa              : 8.00 pagi (Pendaftaran).
4.3         Tempat           : Padang Futsal SK Sungai Bayor.

ATURCARA PERTANDINGAN
8.00 – Pendaftaran pasukan.
8.30 – pertandingan dijalankan mengikut jadual. (Lampiran 1).
12.00 – majlis penutup dan penyampaian hadiah.


FORMAT PERTANDINGAN

Format pertandingan diadakan secara ‘liga’ atau ‘kalah singkir’ seperti jadual di bawah, mengikut jumlah pasukan yang menyertainya. Jika format liga, maka setiap pasukan akan diberikan undian kumpulan dan bermain di peringkat kumpulan masing-masing sebelum ke peringkat kalah singkir pasukan yang menang akan layak ke pusingan seterusnya sehingga ke peringkat akhir. Jika format ‘kalah singkir’ dijalankan setiap pasukan akan diundi mengikut pasukan yang akan ditanding dan pasukan menang akan mara ke pusingan seterusnya, jika kalah pasukan kalah akan tersingkir dari saingan.


Contoh format liga :

KUMPULAN A


       A1 - SK SELAMA
       A2 - SK SRI SELAMA
       A3 - SK RANTAU PANJANG
       A4 - SK ULU MENGKUANG



KUMPULAN B

      B1 - SK SULTAN IDRIS II
      B2 - SK BANGGOL JAS
      B3 - SK SUNGAI DENDANG
      B4 - SK SG.BAYOR


SEPARUH AKHIR :


JOHAN A
VS
N. JOHAN B

JOHAN B
VS
N. JOHAN A

AKHIR :



MENANG SEPARUH AKHIR 1

VS

MENANG SEPARUH AKHIR 2