Sunday 16 July 2017

MAJLIS MESRA AIDILFITRI 2017 / 1438H

Assalamualaikum..wbt..






Pada minggu lalu iaitu pada 14 Julai 2017 / Jumaat bersamaan 20 Syawal 1438 H SKSBAYORIAN telah mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri Peringkat Sekolah. Sambutan yang diadakan dengan meriah dengan beberapa Jemputan Khas seperti YDP SKSBAYORIAN iaitu Puan Jalila dan juga Tuan Mohd Zaki dari IPD Selama selaku Bapa Angkat Sekolah.

Majlis diadakan di surau dan di kantin sekolah. Diawal pagi program yang bermula di surau adalah program bacaan yassin sempena percubaan peperiksaan UPSR peringkat Zon dan bacaan doa selamat seterusnya perjalanan program diadakan di kantin sekolah. Antara program yang diadakan adalah seperti berikut :

1. Persembahan nyayian dan tarian murid PPKI SKSBAYORIAN.
2. Persembahan nyayian lagu raya oleh murid-murid SKSBAYORIAN.
3. Persembahan nyayian lagu raya oleh guru-guru SKSBAYORIAN.

Selain itu juga, pelbagai juadah dan makanan disediakan oleh pihak sekolah dan juga secara 'pot luck' dimana murid-murid membawa kuih raya masing-masing untuk dikongsikan bersama rakan-rakan di sekolah.

Menu utama pada majlis ini adalah :

1. Kambing Bakar (Ditaja oleh En. Shamshul Kamar)
2. Nasi Tomato
3. Ayam Masak Merah
4. Ayam panggang dan sosej panggang
5. Bihun Sup (Tajaan oleh En. Zulkifli - Pemilik Kantin).
6. Lemang dan rendang ayam
7. Ketupat palas
8. Nasi Impit dan Kuah Kacang
9. Kuih raya dan Kek
10. Air Sirap dan orange

Semoga kami warga keluarga SKSBAYORIAN dapat meneruskan majlis-majlis seperti ini pada masa-masa akan datang, dan semoga ikatan persaudaraan dan persahabatan diantara warga sekolah, murid-murid dan juga komuniti luar dapat dikekalkan keharmoniannya.

Kami Warga SKSBAYORIAN mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN MINNAL AIDIL WAL FAIDZIN 











































Monday 10 July 2017

Program Meraikan Bintang Kokurikulum 2017


Assalamualaikum...wbt...




Pada sabtu lepas bersamaan 8 Julai 2017. Pasukan Elite SKSBAYORIAN
telah mengadakan satu program khas di mana, program ini melibatkan
murid-murid yang terdiri daripada pasukan elite sekolah iaitu :

1. Pasukan Bola Sepak (Johan Zon).
2. Pasukan Bola Baling (Johan Zon Lelaki).
3. Pasukan Bola Tampar (Ketiga Zon Lelaki).

Ketiga-tiga Pasukan elite ini telah berjaya mencapai KPI yang ditetapkan.
Motto yang digunakan oleh Pasukan Elite adalah motto 3M iaitu

Masuk
Mesti
Menang !!

Menerusi motto yang diterapkan setiap Pasukan Elite itulah membuahkan hasil
dan di atas kerjasama semua pihak dari barisan pentadbir, jurulatih dan juga komitmen semua murid yang berazam untuk berjaya dan berusaha bersungguh-sungguh semasa latihan serta penerapan disiplin yang tinggi adalah unci kejayaan.

Justeru itu, barisan jurulatih bercadang meraikan murid-murid yang telah mengharumkan nama
sekolah di bawa untuk satu Program Khas di Swimming Pool Suria Apartment Bukit Merah.
Program ini di Ketuai oleh Encik Shamshul Kamar selaku Jurulatih Pasukan Elite Bola Baling merangkap Jurulatih Pusat Kokurikulum yang sangat berpengalaman dalam aktiviti rekreasi termasuklah aktiviti di dalam air. Selepas menjalakan aktiviti air, semua murid membersihkan diri kemudian bersama-sama mendirikan solat secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Hafiz b. Mazlan.

Selain daripada menjalani aktiviti rekreasi murid-murid juga diberikan jamuan khas dan ditempah khas di Restoran KFC, Makan sampai kenyang!

Semoga segala usaha yang telah dilakukan oleh murid-murid SKSBAYORIAN bagi mengharumkan nama sekolah terbalas, sedikit sebanyak memori yang tidak akan dilupakan sehingga mereka meningkat dewasa. Bagi pihak Kejurulatihan kami mengucapkan syabas , tahniah dan terima kasih kepada semua murid yang telah membantu menaikkan nama sekolah terutamanya bagi murid tahun enam yang bakal meninggalkan sekolah pada tahun ini, dan diharap semua murid tahun enam
terus fokus dalam menghadapi UPSR 2017 yang lebih cabaran. Semoga Berjaya !


We are Bayorian !!
We are extraordinary !!