Thursday 12 April 2012

TAHNIAH ZON SELAMA!!!!







TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING ZON SELAMA!!!!

Tahniah diucapkan kepada pasukan BOLA BALING ZON SELAMA B12 kerana berjaya menjuarai Kejohanan Bola Baling peringkat daerah LMS. Zon Selama telah menghantar 4 pasukan yang terdiri daripada pasukan lelaki/perempuan B18 dan juga lelaki/perempuan B12. Pasukan Bola Baling Zon Selama telah menjadi JOHAN keseluruhan bagi kejohanan ini. Zon Selama telah menjuarai 3 ketegori iaitu Perempuan B18, Perempuan B12 dan juga Lelaki B12. Nasib yang berbeza bagi pasukan B18 lelaki kerana tidak berjaya ke FINAL dan kalah diperingkat separuh akhir dan hanya berjaya menduduki tempat ke-4. 
Walaupun begitu, Zon Selama tetap menjadi JOHAN keseluruhan kerana berjaya memenangi 3 daripada 4 ketegori.


Kejohanan ini berlangsung di SMK Taman Panglima yang menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini buat dua tahun berturut-turut. Tahniah kepada SMK Taman Panglima kerana berjaya menganjurkan kejohanan dengan baik dan sempurna sekali, namun apakan daya atas hukum alam, hujan yang membasahi bumi SMK Taman Panglima dan mengakibatkan padang bertakung air dan juga kesan lumpur yang teruk sedikit sebanyak menjejaskan corak permainan setiap pasukan yang bertanding.

Walau bagaimanapun, kejohanan dapat diteruskan dan dapat menjadikan kejohanan Bola Baling ini sangat meriah, syabas sekali lagi buat tuan rumah SMK TAMAN PANGLIMA.

Terima kasih dan juga TAHNIAH! kepada Jurulatih iaitu Encik Shamsul dan Encik Aziz bagi pasukan lelaki, Encik Hairul dan Encik Nazmi bagi pasukan perempuan dan juga semua guru yang menjadi pengurus dan juga guru pengiring zon iaitu Puan Siti Norhaiza Othman (Pengerusi Zon, SKSB), Puan Zarina (fisioterapi, SKSB), Encik Asrul Haizan (pengurus lelaki, SKTRS), Puan Hazmariza (Pengurus perempuan SKSS) dan juga guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

Semoga pada tahun hadapan pasukan Bola Baling Zon Selama dapat mengekalkan kejuaraan dan dapat membantu Zon Selama menjadi pasukan pertama menjadi JUARA BERTAHAN SELAMA 6 TAHUN PADA TAHUN HADAPAN!!! SYABASS!!!!!













Wednesday 11 April 2012

Selamat Berjaya Pasukan Bola Baling Selama

Assalamualaikum..wbt..

Alhamdulillah, selesai sudah selepas seminggu pasukan Bola Baling Zon Selama berkampung di SKSB (pengerusi zon) bagi latihan pusat Lelaki/Perempuan dan kali ini tiba masanya untuk beradu tenaga di kejohanan bola baling daerah LMS di SMK Taman Panglima. Kesemua Warga SKSB mendoakan kejayaan pasukan Bola Baling Zon Selama agar memperolehi kejayaan dan merangkul kejuaraan sekali lagi untuk tahun ini. Tahniah diucapkan kepada 2 pemain SKSB kerana terpilih mewakili zon Selama iaitu Muhammad Saufi dan Nursyakirah Rosli.






Terima kasih juga kepada kesemua Jurulatih dan juga guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Good Luck Selama!!! All the Best!!!






Sunday 8 April 2012

Selamat Datang Guru Besar SKSB : Encik Sanusi b. Hamid

Assalamualaikum...wbt...

Mangga pauh dari permatang,
Disirat dengan akar beluru,
Dari jauh Tuan Datang,
Mendoa restu Guru Besar Baharu...



En. Sanusi B. Hamid
Guru Besar SKSB


Tanggal 4 April 2012, warga SKSB menerima seorang Guru Besar baharu.  Beliau berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang. Semoga kedatangan tuan ke SKSB dapat bersama-sama warga SKSB meneruskan kecemerlangan SK Sungai Bayor. InsyaAllah.

ASSALAMUALAIKUM..DARI HATI WARGA SKSB...

Bismillahhirrahmanirrahim...

selamat datang ke PORTAL RASMI SKSB.....




Yang dipamerkan
bukan kemenangan

Yang dimahukan
bukan kejaguhan

Yang ditunjukkan
bukan kecekapan

Di sini menghitung usia hari
Di sini menghidu nafas kehidupan
Di sini mencantum leraian ikatan
.
Di sini kita saling mengenali
Antara pelangi masa hadapan
Dengan rentak dan kemahuan....

ehsan: insan bernama