Tuesday 4 September 2012

Terasing Jua.....

Assalamualaikum...wbt..

Salam sejahtera kepada semua warga SKSB dan juga warga di bawah naungan KPM.

Dalam beberapa bulan yang lepas, terlalu banyak perkara suka dan duka yang dapat warga SKSB kongsikan bersama masyarakat luar. Terlalu banyak perkara yang merubah CORAK, WARNA dan RUPA sebenar SKSB, hal ini adalah kerana. Kami kehilangan GURU-GURU yang sangat komited terhadap kerja di SKSB dan antara individu terpenting di SKSB ini.

Pertama kalinya pada tahun ini kami meraikan Majlis Persaraan Kak Nah (Ustazah Asnah) iaitu ibunda kami. dimana beliau merupakan guru paling lama berkhidmat di SKSB. Kami kehilangan seorang guru agama yang sangat berwibawa, bekerja sehingga ke akhirnya dan juga berjaya mendidik sebahagian besar anak-anak watan Sungai Bayor. Pemergian beliau atas nama BERSARA amat dirasai oleh semua guru-guru SKSB. Namun disebalik kehilangan itu. Kami kehilangan beberapa TUNJANG UTAMA sekolah kami iaitu Guru-guru yang bertukar sekolah dan juga dinaikkan pangkat antaranya ialah :


Kak Nah (Bersara)


"Sifu" Saufi (Tukar ke SK Pondok Tanjung)


Kak Pah (Bersara)


Kak Haiza (GPK Koko)


Kak Ina ( Dilantik GPK KO SK Sg. Seputih)


Cikgu Abu Samah (Dilantik GPK KOKO Sk. Bagan Baharu)

Kesemua mereka merupakan nadi SKSB. Namun kini mereka tiada lagi. Kehilangan insan seperti mereka adalah sangat menyedihkan kami, namun kehidupan perlu diteruskan. Yang pergi meninggalkan kami bukan bererti tiada lagi namun menyambung KERJA MULIA ini di tempat lain. Kami Warga SKSB mengharapan kesemua GURU-GURU yang berpindah dan bersara sentiasa berada didalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa KHIDMAT yang diberikan adalah memberi manfaat kepada semua. Kami warga SKSB mendoakan anda semua terus BERJAYA dan terus BERJAYA. Amin.


Ingat Kami Di SKSB :