Sunday 9 October 2016

SKSBAYORIAN JUARA FUTSAL MERDEKA 2.0 PIALA HAJI FAIZUL ARBY BAWAH 11 TAHUN 2016 !!!!

Assalamualaikum..wbt..



Futsal Merdeka 2.0 Piala Haji Faizul Arby b. Mohd Shohor 2016.






1.0         PENDAHULUAN
Permainan futsal adalah salah satu sukan yang menarik dan sesuai dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat, golongan agama, bangsa dan di semua peringkat umur. Permainan ini dapat membina keyakinan diri, ketangkasan pemain selain dapat meningkatkan kecergasan diri seseorang.

Oleh itu satu Kejohanan Futsal Merdeka anjuran SK Sungai Bayor dan Ketua UMNO Bahagian Larut akan diadakan setiap tahun bagi meraikan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan guru-guru dan murid-murid disekitar Zon Selama ini bersesuaian dengan tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu “SEHATI, SEJIWA”           

Disamping itu, guru-guru yang baru memulakan semula persekolahan pada penggal kedua dapat memenuhi aktiviti ini sebagai riadah dan menjalinkan hubungan yang lebih rapat di atas semangat kebersamaan dalam masyarakat. Ini juga adalah bertujuan untuk meningkatkan semula kecergasan dan kebersamaan guru dan murid setelah bertungkus lumus mendidik anak-anak didik di sekolah masing-masing.

2.0         RASIONAL
Pertandingan ini adalah sebagai pencetus terjalinnya silaturahim “SEHATI, SEJIWA”   diantara guru-guru dan murid-murid sekolah di dalam bidang sukan kerana pertandingan ini merupakan anjuran kali ke-2 di anjurkan. Selain itu, guru-guru dapat membentuk murid-murid menjadi sebuah komuniti sukan dengan penambahan ilmu sukan seperti cara permainan, teknik bermain dan juga peraturan permainan ini.

Disamping itu juga pertandingan ini dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan guru-guru dan murid-murid di sekolah. Semangat ini akan membawa kepada hubungan yang erat di kalangan guru-guru dan staf di sekolah sekitar zon Selama berlandaskan tema “SEHATI, SEJIWA

3.0         OBJEKTIF
3.1         Menarik perhatian guru dan murid terhadap sukan dan kesihatan.
3.2         Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan dikalangan murid.
3.3         Memupuk hubungan yang baik di kalangan guru-guru dan muri-murid sekitar Zon
         Selama.
3.4        Memberikan kebebasan emosi tanggungan kerja guru di sekolah menjadikan kejohanan
         ini sebagai riadah.
3.5         Mencari bakat-bakat baru bagi mewakili zon selama pada masa akan datang.
3.6         Memberi kesedaran mengenai pentingnya sesebuah komuniti di dalam sesebuah Negara.
3.7         Menghayati erti dan nilai tema kemerdekaan iaitu “SEHATI, SEJIWA

4.0         KUMPULAN SASARAN
Sekolah-sekolah Kebangsaan Zon Selama.

5.0         MAKLUMAT PERTANDINGAN
5.1         Tarikh             : 3 September 2016 / Sabtu.
5.2         Masa              : 8.00 pagi (Pendaftaran) / 8.30 pagi (sepak mula).
5.3         Tempat           : Padang Futsal SK Sungai Bayor.

6.0         ATURCARA PERTANDINGAN
8.00 – Pendaftaran pasukan.
8.30 – pertandingan dijalankan mengikut jadual. (Lampiran 1).
12.30 – majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam yang memberikan peluang dan rezeki kepada SK SUNGAI BAYOR bagi menganjurkan sekali lagi KEJOHANAN FUTSAL MERDEKA 2.0 PIALA HAJI FAIZUL ARBY BAWAH 11 TAHUN 2016. Apa yang telah dirancang dan diusahakan membuahkan hasil dimana pada tahun 2016 ini cuaca sangat baik dan berjalan lancar. Syukur Alhamdulillah.

Sebanyak 8 buah pasukan menyertai kejohanan kali ini, Sekolah-sekolah jemputan adalah seperti berikut :

1. SK SUNGAI BAYOR (tuan rumah).
2. SK SELAMA (Juara Edisi 1.0 2015).
3. SK SULTAN IDRIS II.
4. SK BANGGOL JAS.
5. SK SG. SEPUTIH.
6. SK SG. DENDANG.
7. SK RANTAU PANJANG.
8. SK TEBING TINGGI.

Kami amat berbesar hati kerana Tuan Haji Faizul Arby sudi untuk menaja Piala dan Sumbangan kejohanan pada tahun kedua ini. Selain itu juga Tuan Haji Faizul Arby menyumbang sebanyak 40 helai baju bagi Ahli jawatankuasa dan semua guru-guru sekolah yang menyertai dan juga barisan pengadilan

Pada kejohanan yang berlangsung setiap pasukan akan diberikan kumpulan A dan B. Setiap kumpulan akan berentap dan bermain di dalam kumpulan masing-masing sebelum ke peringkat separuh akhir.

Dua pasukan yang menjadi Johan dan Naib Johan di dalam kumpulan masing-masing akan ke peringkat seterusnya iaitu Separuh Akhir.


Undian Kumpulan

Kronologi Kejoahanan


















Alhamdulillah pada Edisi kali ini juga Pasukan SKSBAYORIAN menjadi JOHAN pada Kejohanan Kali ini dengan menewaskan pasukan SK SULTAN IDRIS II pada perlawanan akhir dengan keputusan 4-2.

Syukur kehadrat ilahi semuanya berjalan lancar sehingga ke akhir Kejohanan dan diharap pada tahun hadapan kejohanan ini dapat diadakan dan menjadi satu kejohanan edisi tahunan.

Sekalung tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada penyumbang dan ahli jawatan kuasa yang bertungkus lumus menjayakan Kejohanan Pada Kali ini

Selamat Maju Jaya SKSBAYORIAN!!!!!!