Sunday 16 July 2017

MAJLIS MESRA AIDILFITRI 2017 / 1438H

Assalamualaikum..wbt..






Pada minggu lalu iaitu pada 14 Julai 2017 / Jumaat bersamaan 20 Syawal 1438 H SKSBAYORIAN telah mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri Peringkat Sekolah. Sambutan yang diadakan dengan meriah dengan beberapa Jemputan Khas seperti YDP SKSBAYORIAN iaitu Puan Jalila dan juga Tuan Mohd Zaki dari IPD Selama selaku Bapa Angkat Sekolah.

Majlis diadakan di surau dan di kantin sekolah. Diawal pagi program yang bermula di surau adalah program bacaan yassin sempena percubaan peperiksaan UPSR peringkat Zon dan bacaan doa selamat seterusnya perjalanan program diadakan di kantin sekolah. Antara program yang diadakan adalah seperti berikut :

1. Persembahan nyayian dan tarian murid PPKI SKSBAYORIAN.
2. Persembahan nyayian lagu raya oleh murid-murid SKSBAYORIAN.
3. Persembahan nyayian lagu raya oleh guru-guru SKSBAYORIAN.

Selain itu juga, pelbagai juadah dan makanan disediakan oleh pihak sekolah dan juga secara 'pot luck' dimana murid-murid membawa kuih raya masing-masing untuk dikongsikan bersama rakan-rakan di sekolah.

Menu utama pada majlis ini adalah :

1. Kambing Bakar (Ditaja oleh En. Shamshul Kamar)
2. Nasi Tomato
3. Ayam Masak Merah
4. Ayam panggang dan sosej panggang
5. Bihun Sup (Tajaan oleh En. Zulkifli - Pemilik Kantin).
6. Lemang dan rendang ayam
7. Ketupat palas
8. Nasi Impit dan Kuah Kacang
9. Kuih raya dan Kek
10. Air Sirap dan orange

Semoga kami warga keluarga SKSBAYORIAN dapat meneruskan majlis-majlis seperti ini pada masa-masa akan datang, dan semoga ikatan persaudaraan dan persahabatan diantara warga sekolah, murid-murid dan juga komuniti luar dapat dikekalkan keharmoniannya.

Kami Warga SKSBAYORIAN mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN MINNAL AIDIL WAL FAIDZIN