Thursday 25 October 2012

Aktiviti Rekreasi SKSB : Berakit

Assalamualaikum.....wbt....



Kali ini SKSB tampil dengan satu lagi aktiviti luar biasa bagi kami seluruh warga kerja Guru dan juga Staff, dimana pada tanggal 14 Oktober 2012 yang lepas kami mengadakan aktiviti berakit bagi tahun 6 dan juga Guru.

SK Sungai Seputih merupakan Pusat Ko Kurikulum Negeri Perak bagi daerah LMS. Di sinilah tempatnya aktiviti akan dijalankan. Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi, dimana semua guru dan murid diberi taklimat oleh Jurulatih Pusat Ko dan juga PK 1 kami iaitu Encik Shamshul Kamar, beliau memberikan penerangan mengenai rakit, keselamatan dan juga cara pengedalian.

Selepas taklimat diberikan. Cikgu Berhanuddin yang juga merupakan Jurulatih pusat Ko memberikan setiap guru dan murid kumpulan. Sebanyak 9 kumpulan rakit dpat dipisah bagi memudahkan semua murid dan guru dapat bekerjasama semasa proses membaiki rakit dan juga semasa berakit. Selesai taklimat kumpulan. Semua murid diberikan BA atau bouyancy aid dan guru memastikan pemakaian murid adalah betul dan selamat.

Selesai sahaja pemakaian BA. semua guru dan murid siap sedia membetulkan rakit yang sedikit sebanyak mengealami kerosakan kecil, ia adalah di sebabkan rakit digunakan oleh kumpulan perkhemah sebelum kami. Semua guru dan murid bekerjasama membanting tenaga untuk menyiapkan rakit dengan segera sebelum masa berakit bermula.

Walaupun rakit sudah siap dipasang, murid dan guru tidak dibenarkan lagi untuk melakukan aktiviti berakit sebelum melakukan water confiden atau keyakinan di air. Kami berjalan sejauh 150 meter ke tebing sungai untuk turun ke sungai bagi melakukan aktiviti keyakinan di air. semua guru mengawasi setiap murid yang melepasi mengikuti arus deras air sungai.

Tiba semula di SK Sungai Seputih, semua kembali ke dataran kejat untuk memindahkan rakit ke tebing sungai bagi memulakan aktiviti berakit. Aktiviti berakit bermula dengan melepaskan satu persatu rakit mengikut kumpulan bagi menggelakkan sebarang perlanggaran dan kemalagan berlaku.

Selesai sahaja semua rakit dilepaskan kira-kira sejauh 5 kilometer barulah kami sampai ke destinasi. Sepanjang aktiviti berakit ini banyak kemalangan yang tidak disangka yang tidak mendatangkan bahaya namun pengalaman dan juga keseronokkan melanggar "rebo" buluh adalah sagat menakjubkan. Semua guru dan murid selamat sampai dan menceritakan pelbagai kenangan manis semasa mengendalikan rakit secara kumpulan. Bagi saya, kumpulan kami iaitu kumpulan 9-GARUDA adalah kumpulan rakit terbaik kerana 7 daripada ahli kumpulan hanyut dibawa arus deras, namun dapat kembali bersama pada jarak yang tidak jauh  daripada tempat kejadian untuk menyelamatkan mereka semula dikawasan air cetek. Kami sangat teruja.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama Ketua Jurulatih iaitu Encik Berhanuddin, encik Shamshul dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga ikatan ukhwah dan juga prinsip luar biasa yang digunakan dapat membentuk sebuah SKSBAYORIAN FAMILY yang utuh dan saksama.

Untuk melihat gambar klik disini