Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Wednesday, 9 May 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar

Assalamualaikum...wbt...

Kursus Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2012, akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 12 MEI 2012
Hari   : SABTU
Masa   : 8.00 a.m - 1300 pm



*Semoga program yang dirancang dapat dijalankan dengan penuh keberkatan dan dapat menjayakannya dengan sempurna. Guru-guru yang terlibat dapat bersama-sama kita jayakan program ini dengan cemerlang.

Thursday, 3 May 2012

PROGRAM MOTIVASI


Kepada semua Ibu Bapa Di jemput Hadir pada ketetapan berikut :


" Setiap Murid Punyai Potensi Diri"

Sunday, 22 April 2012

Mesyuarat kurikulum kali ke 2


Mesyuarat kurikulum kali ke 2 akan diadakan pada:
Tarikh : 24 April 2012 ( Selasa)
Masa : 2.00 petang (selepas solat zohor)
Tempat : Makmal komputer
Kehadiran : Semua guru wajib hadir.
Pesanan : Setiap panitia wajib sediakan 1 program jangka pendek peningkatan akademik untuk dilaksanakan bulan Mei 2012

* sekiranya GB ada mesyuarat/taklimat diluar maka mesyuarat akan ditunda pada masa lain
Sekian, harap maklum

Thursday, 19 April 2012

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA WARGA SKSB

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Tarikh : 20.4.2012
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 - 5.30  pm
Tempat : Makmal Komputer SKSB
Tajuk : Headcount & PEDIA
Penceramah : Pn. Hjh Latipah Bt Harun
                        Pn Mazlina Bt Mishar
(sila bawa laptop bersama) 


Sunday, 15 April 2012

Latihan Kebakaran SKSB

Pada hari Jumaat, 13 April 2012, SK Sungai Bayor telah mengadakan latihan kawad kebakaran.  Latihan tersebut telah berlangsung dengan jayanya.





Tujuan latihan kawad kebakaran ini dijalankan ialah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku kebakaran.  Latihan ini juga untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah.  

Pada jam 11.30 pagi loceng kecemasan dibunyikan secara berterusan menandakan berlakunya kebakaran.  Warga SKSB segera meninggalkan kelas serta bilik khas masing-masing dan berjalan pantas ke tempat berkumpul.  Guru-guru kelas membawa bersama buku rekod kedatangan murid ke tempat berkumpul dan memeriksa bilangan murid yang ada.  Murid berada dalam keadaan terkawal di bawah seliaan Penolong Kanan HEM, En. Hassan Basri B. Ardi serta guru-guru yang lain.    PK HEM menasihati murid supaya mengutamakan keselamatan diri semasa kecemasan.  

Tahniah kepada warga SKSB kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.
&
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.  We are under one roof!!


 1

 2

 3

 4

 5

 6

7

Penyampaian Wang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin


Penyampaian wang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) akan diadakan di SKSB pada ketetapan berikut :

Tarikh: 17 April 2012.
Hari  : Selasa.
Masa  : 1100 pagi.