Assalamualaikum..wbt..
Futsal Merdeka 2.0 Piala Haji Faizul Arby b. Mohd Shohor 2016.
1.0
PENDAHULUAN
Permainan futsal adalah salah satu sukan yang menarik dan
sesuai dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat, golongan agama, bangsa dan di
semua peringkat umur. Permainan ini dapat membina keyakinan diri, ketangkasan
pemain selain dapat meningkatkan kecergasan diri seseorang.
Disamping itu, guru-guru yang baru memulakan semula
persekolahan pada penggal kedua dapat memenuhi aktiviti ini sebagai riadah dan menjalinkan
hubungan yang lebih rapat di atas semangat kebersamaan dalam masyarakat. Ini
juga adalah bertujuan untuk meningkatkan semula kecergasan dan kebersamaan guru
dan murid setelah bertungkus lumus mendidik anak-anak didik di sekolah
masing-masing.
2.0
RASIONAL
3.0
OBJEKTIF
3.1
Menarik perhatian guru dan murid terhadap
sukan dan kesihatan.
3.2
Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan
dikalangan murid.
3.3 Memupuk hubungan yang baik di kalangan
guru-guru dan muri-murid sekitar Zon
Selama.
Selama.
3.4 Memberikan kebebasan emosi tanggungan kerja
guru di sekolah menjadikan kejohanan
ini sebagai riadah.
ini sebagai riadah.
3.5
Mencari bakat-bakat baru bagi mewakili zon
selama pada masa akan datang.
3.6
Memberi
kesedaran mengenai pentingnya sesebuah komuniti di dalam sesebuah Negara.
3.7
Menghayati erti dan nilai tema kemerdekaan
iaitu “SEHATI, SEJIWA”
4.0
KUMPULAN
SASARAN
Sekolah-sekolah
Kebangsaan Zon Selama.
5.0
MAKLUMAT
PERTANDINGAN
5.1
Tarikh :
3 September 2016 / Sabtu.
5.2
Masa :
8.00 pagi (Pendaftaran) / 8.30 pagi (sepak mula).
5.3
Tempat :
Padang Futsal SK Sungai Bayor.
6.0
ATURCARA
PERTANDINGAN
8.00
– Pendaftaran pasukan.
8.30
– pertandingan dijalankan mengikut jadual. (Lampiran
1).
12.30
– majlis penutup dan penyampaian hadiah.
Sebanyak 8 buah pasukan menyertai kejohanan kali ini, Sekolah-sekolah jemputan adalah seperti berikut :
1. SK SUNGAI BAYOR (tuan rumah).
2. SK SELAMA (Juara Edisi 1.0 2015).
3. SK SULTAN IDRIS II.
4. SK BANGGOL JAS.
5. SK SG. SEPUTIH.
6. SK SG. DENDANG.
7. SK RANTAU PANJANG.
8. SK TEBING TINGGI.
Kami amat berbesar hati kerana Tuan Haji Faizul Arby sudi untuk menaja Piala dan Sumbangan kejohanan pada tahun kedua ini. Selain itu juga Tuan Haji Faizul Arby menyumbang sebanyak 40 helai baju bagi Ahli jawatankuasa dan semua guru-guru sekolah yang menyertai dan juga barisan pengadilan
Pada kejohanan yang berlangsung setiap pasukan akan diberikan kumpulan A dan B. Setiap kumpulan akan berentap dan bermain di dalam kumpulan masing-masing sebelum ke peringkat separuh akhir.
Dua pasukan yang menjadi Johan dan Naib Johan di dalam kumpulan masing-masing akan ke peringkat seterusnya iaitu Separuh Akhir.
Undian Kumpulan
Kronologi Kejoahanan
Alhamdulillah pada Edisi kali ini juga Pasukan SKSBAYORIAN menjadi JOHAN pada Kejohanan Kali ini dengan menewaskan pasukan SK SULTAN IDRIS II pada perlawanan akhir dengan keputusan 4-2.
Syukur kehadrat ilahi semuanya berjalan lancar sehingga ke akhir Kejohanan dan diharap pada tahun hadapan kejohanan ini dapat diadakan dan menjadi satu kejohanan edisi tahunan.
Sekalung tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada penyumbang dan ahli jawatan kuasa yang bertungkus lumus menjayakan Kejohanan Pada Kali ini
Selamat Maju Jaya SKSBAYORIAN!!!!!!