Monday, 13 August 2012
Sunday, 12 August 2012
SUKAN TAHUNAN SKSB 2012
Assalamualaikum...wbt...
Sukan tahunan SKSB pada tanggal 19 hb Julai 2012 yang lalu telah berjaya dijalankan dengan penuh gilang gemilangnya. Sukan tahunan pada tahun ini perasmian telah dirasmikan oleh Dato' Haji Muhammad Daud Bin Muhammad Yusoff. Terima Kasih Dato'.
Temasya kali ini adalah satu temasya sukan yang meriah dan penuh dengan semangat. Di mana setiap peserta melakukan larian, lompatan dan juga balingan dengan penuh semangat kesukanan. Kerjasama juga wujud disetiap rumah sukan dimana pengurusan setiap rumah sukan untuk menghantar wakil adalah sangat memuaskan hati semua pihak.
Sukan Tahunan pada kali ini agak luar biasa dari pada tahun-tahun sebelumnya, ini adalah kerana setiap rumah sukan hendaklah bersama-sama membuat maskot bagi mewakili rumah sukan masing-masing. kerjasama wujud antara guru-guru rumah sukan bagi menyediakan pilihan maskot yang paling kreatif dan penuh kemeriahan. Wujud juga gimik dan persembahan yang menarik daripada adik adik PRASEKOLAH yang membuat tarian upaca pembukaan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Syabas adik-adik PRASEKOLAH!!
Juara sukan tahunan kali ini adalah disandang oleh RUMAH HIJAU!
Kedudukan Akhir Rumah Sukan 2012 :
1. Juara : Hijau.
2. N.Juara : Kuning.
3. Ketiga : Biru.
4. keempat : Merah
Rumah Hijau ditabalkan juara Olahraga tahunan pada tahun 2012. Rumah hijau telah berjaya merampas penyadang juara tahun lepas iaitu Rumah Kuning di mana rumah kuning dan biru mengikut rapat dibelakang rumah hijau dan rumah kuning berjaya merebut tempat kedua daripada rumah biru yang menguasai tempat kedua pada awalnya. manakala rumah merah mendapat tempat ke - 4. Namun semangat yang ditunjukkan oleh rumah merah sehingga tamat sukan adalah sangat membanggakan. Bagi rumah merah cuba lagi pada tahun hadapan.
Penyandang Olahragawan dan olahragawati Tahunan :
Olahragawan : Mohd Ammar bin Samsuri.
Olahragawati : Nur Syakirah bt Mohd Rosli.
Penyandang Olahragawan dan olahragawati Harapan :
Olahragawan Harapan : Mohd Aiman bin. Othman.
Olahragawati Harapan : Nur Akma
Pertandingan perbarisan :
1. Rumah biru.
2. Rumah kuning.
3. Rumah Hijau.
4. Rumah Merah.
Diharap pada tahun hadapan Olahraga Tahunan akan terus gilang gemilang dan terus maju dan terus
"LUAR BIASA"
Pertandingan Keceriaan Kelas Minggu 29
Tahniah kepada kelas yang berjaya mendapat johan bagi Pertandingan Keceriaan Kelas
Tahap 1 : 3 Bestari
Tahap 2 : 5 Bestari
Tahniah !!
TERUSKAN USAHA ANDA....
Tahap 1 : 3 Bestari
Tahap 2 : 5 Bestari
Tahniah !!
TERUSKAN USAHA ANDA....
Wednesday, 20 June 2012
Sunday, 17 June 2012
Majlis Persaraan 'Lambaian Kasih'
Lambaian Kasih teristimewa buat BONDA HJH ASNAH BT SAHAK
Assalamualaikum.....
Esok 18 Jun 2012 akan berlangsungnya dua majlis iaitu Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan bonda Hjh Asnah dan pada sebelah petangnya pula akan diadakan Jamuan Makan dan Sambutan Hari Jadi. Majlis akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Tempat : SKSB
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Pakaian : Baju Batik 'baru'
JAMUAN PERPISAHAN & SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JUN
Tempat : Jasmine II , Kulim Golf & Country Resort (dekat ngan hospital Kulim)
Masa : 2.30- 5.00 petang
Pakaian : Baju Batik 'baru'
Semoga majlis berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Kami sentiasa mendoakan agar Ustazah Asnah sihat sejahtera disamping keluarga tercinta dan ingat kami dalam doamu..One for all,all for one!
Assalamualaikum.....
Esok 18 Jun 2012 akan berlangsungnya dua majlis iaitu Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan bonda Hjh Asnah dan pada sebelah petangnya pula akan diadakan Jamuan Makan dan Sambutan Hari Jadi. Majlis akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Tempat : SKSB
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Pakaian : Baju Batik 'baru'
JAMUAN PERPISAHAN & SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JUN
Tempat : Jasmine II , Kulim Golf & Country Resort (dekat ngan hospital Kulim)
Masa : 2.30- 5.00 petang
Pakaian : Baju Batik 'baru'
Semoga majlis berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang. Kami sentiasa mendoakan agar Ustazah Asnah sihat sejahtera disamping keluarga tercinta dan ingat kami dalam doamu..One for all,all for one!
Subscribe to:
Posts (Atom)






















