Sunday, 31 July 2016

SAMBUTAN HARI GURU SKSB 2016!!!

Assalamualaikum..wbt..

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"



16 Mei 2016 merupakan tarikh keramat bagi semua GURU di seluruh dunia. tarikh ini merupakan tarikh penghargaan dan peringatan kepada guru-guru dan jasa bakti yang telah dicurahkan selama ini. sedia maklum 16 Mei adalah satu tarikh yang bukan dipinta oleh guru-guru bagi meraikan nya sebaliknya ia adalah ingatan yang dizahirkan dan dilahirkan oleh masyarakat dunia bagi menghargai guru.

kain rentang yang dipertandingkan di peringkat daerah PPDLMS.

Oleh yang demikian SKSBAYORIAN juga tidak ketinggalan menyambut dan menghargai jasa guru-guru yang berkhidmat dan bertugas di SKSB selama ini. Sambutan yang dijalankan adalah sangat meriah dan pelbagai aktiviti dijalakan padahari tersebut. Sambutan Hari Guru ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Perak diikuti dengan lagu Perak Excellent dan lagu sekolah serta lagu keramat bagi guru-guru di Malaysia iaitu "Kami Guru Malaysia"






hasil seni "anak-anak" SKSBAYORIAN

berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan Hari Guru 2016 di SKSB





























































kami warga SKSBAYORIAN mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua Guru-guru di MALAYSIA dan di serata Dunia!!



Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. 


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979

Thursday, 31 March 2016

KEJAYAAN-KEJAYAAN SK SUNGAI BAYOR TAHUN 2015!!!!!




Assalamualikum..wbt..



Tahun 2015 merupakan tahun paling cemerlang bagi SKSBAYORIAN di atas kesemua pencapaian SUKAN pasukan sekolah. Kecemerlangan ini adalah merupakan detik paling berjaya SKSBAYORIAN dalam tempoh 10 Tahun kebelakangan ini. Hal ini adalah kerana hampir ke semua Sukan yang disertai dapat mencapai 3M iaitu Masuk, Mesti, Menang! Slogan yang dipegang oleh semua guru-guru SKSBAYORIAN.

Kejayaan-kejayaan yang diperoleh adalah dari usaha Jurulatih, murid-murid dan semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, hal ini membuahkan hasil yang sangat CEMERLANG! Dengan usaha menjalakan latihan secara berterusan dan komitmen barisan jurulatih serta sokongan para pentadbir dan guru membuatkan kejayaan itu milik kami.

Sebanyak 5 acara sukan yang diserta dan 4 daripadanya mendapat JOHAN dalam penyertaan peringkat ZON SELAMA.

Berikut merupakan penyertaan dan kejayaan-kejayaan pasukan mengikut sukan yang disertai :


BOLA SEPAK

SKSBAYORIAN merupakan pasukan kedua selepas SK Selama menjuarai secara berganda dua tahun berturut-turut peringkat ZON SELAMA sepanjnag kejohanan diadakan. Pada tahun lepas SKSBAYORIAN mencatatkan kejayaan dengan menjadi JOHAN setelah kali terakhir pada tahun 2006. Dan pada tahun ini SKSBAYORIAN mencatatkan kemenangan buat dua tahun berturut-turut, kejayaan ini juga diikuti dengan seorang pemain iaitu Ketua Pasukan Mohammad Ikhamal Hakimi menjadi penjaring gol terbanyak dalam edisi 2015 dengan menjaringkan sebanyak 6 gol. Namun defisit jaringan gol pasukan menurun pada tahun ini dengan hanya mengumpul 12 gol 1dan tiada bolos dalam kesemua perlawanan berbanding pada edisi 2014 iaitu dengan 30 jaringan gol dan 1 bolos dalam semua perlawanan.

Kejayaan ini juga membawa seramai 5 orang pemain dari SK Sungai Bayor untuk mewakili Zon Selama ke peringkat daerah. Pemain-pemain yang terpilih adalah seperti berikut :

1. Mohammad Ikhmal Hakimi bin Mohd Zaki (Ketua Pasukan Zon).
2. Muhammad Aidil Akmal bin Azizan.
3. Mohamad Farhan bin Rohimi.
4. Mohd Noriman bin Marzukai.
5. Muhammad Naim Afifi bin Jaafar.

Kejayaan diperingkat Daerah juga tidak kurang hebatnya kerana Zon Selama menjadi Naib Johan setelah tewas di perlawanan akhir dengan Zon Kamunting dengan defisit jaringan 2-1. Selain itu juga beberapa pemain SKSBAYORIAN dapat mewakili daerah ke peringkat negeri setelah mempamerkan pemainan yang baik mereka yang terpilih adalah :

1. Mohammad Ikhmal Hakimi bin Mohd Zaki.
2. Muhammad Aidil Akmal bin Azizan.
3. Mohamad Farhan bin Rohimi.
4. Muhammad Naim Afifi bin Jaafar.

Namun diperingkat negeri pula Pasukan Daerah LMS gagal mempamerkan aksi yang cemerlang setelah tewas di peringkat kumpulan. Walau bagaimanapun, dua orang pemain dari SKSBAYORIAN disenarai pendek untuk pemilihan mewakili Negeri Perak di peringkat Kebangsaan. mereka adalah :

1. Mohammad Ikhamal Hakimi bin Mohd Zaki.
2. Muhammad Aidil Akmal bin Azizan.

Namun hanya seorang sahaja yang terpilih setelah 5 saringan pemilihan yang diadakan di padang Pusat kecemerlangan Sukan Ipoh. Pemain SKSBAYORIAN yang terpilih adalah :

1. Muhammad Aidil Akmal bin Azizan.

Muhammad Aidil Akmal merupakan pemain diposisi penjaga gol dan diperingkat Kebangsaan pula pasukan Perak cemerlang dengan berjaya ke perlawanan akhir namun tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada pasukan Negeri Perlis.

Selain itu juga Muhammad Aidil Akmal dan Mohammad Ikhmal Hakimi dapat mewakili Negeri Perak dalam Liga NFDP KBS/MSN 2015 di mana aksi mereka dapat dirakamkan di dalam rancangan "Planet Bola Episod 4" pada Bulan 5 yang lalu. Hal ini amat membanggakan kami seluruh warga SKSB kerana anak didik kami tersiar di seluruh pelusuk dunia.



Muhammad Ikhmal (Penjaring Terbanyak 2015).


JOHAN ZON SELAMA 2015.


BOLA TAMPAR

Selain Bola Sepak pasukan Bola Tampar Sekolah Juga berjaya menjadi Johan Berganda pada tahun ini setelah mengulangi kejayaan pada tahun lepas. Walaupun pasukan Bola Tampar sekolah baru sahaja 3 Tahun ditubuhkan namun pasukan SKSBAYORIAN dapat bersaing dengan pasukan-pasukan lain yang telah lama ditubuhkan. 

Pasukan Bola Tampar Sekolah menjadi Johan Keseluruhan pada tahun 2015. Keputusan perlawanan akhir dalah seperti berikut :


SKSBAYORIAN (P) vs SK BAGAN BAHARU   -   25-23.
SKSBAYORIAN (L) vs SK BAGAN BAHARU   -   20-23.


Seramai 18 orang murid SKSBAYORIAN dapat mewakili Zon Selama pada tahun 2015 dan juga menjadi Johan Daerah dalam kedua-dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Mereka berjaya menjadi Johan Keseluruhan pada edisi kali ini.

Seramai 6 orang murid SKSBAYORIAN berjaya mewakili Daerah LMS dalam kejohanan diperingkat Negeri, mereka adalah :

1. Muhammad Hanif bin Samsuddin.
2. Muhammad Syazwan b. Anuar.
3. Nur Fathehah bt Badrulzaman.
4. Syakira Hani bt Mohd Razali
5. Farah Zulaika bt Faizol Rohaizak
6. Nur Ain Husna bt Abd Razak






Dan pasukan Lelaki menjadi JOHAN peringkat negeri dan bagi pasukan perempuan mendapat tempat ke-4 dan seterusnya melonjakkan nama SKSBAYORIAN diperingkat negeri. Seorang pemain daripada SKSB terpilih untuk pemilihan mewakili negeri perak iaitu Muhammad Hanif B Samsuddin.


BOLA BALING

Dalam lapangan Bola Baling pula SKSBAYORIAN menyertai terus pertandingan diperingkat daerah ini adalah kerana kekekangan masa yang dihadapi oleh pihak pengursan diperingkat PPD justeru itu pertandingan diperingkat zon tidak dipertandingkan.
Pertandingan peringkat daerah ini disertai oleh semua sekolah-sekolah kebangsaan di daerah LMS. Hal ini demikian membuatkan persaingan yang sangat tinggi namun SKSBAYORIAN dapat menyerap tekanan dan lantas menjadi JOHAN DAERAH pada tahun 2015 bagi kategori lelaki dan perempuan pula mendapat tempt ke-4.

Beberapa pemain telah terpilih mewakili daerah LMS iaitu :

1. Muhammad Ikhmal Hakimi b. Mohamad Zaki
2. Muhammad Aidil Akmal b. Azizan
3. Muhammad Hanif bin Samsuddin.

Pasukan LMS juga telah berjaya ke peringkat separuh akhir namun tewas kepada pasukan Kinta Utara yang juga telah menjadi JOHAN negeri pada tahun 2015. LMS berjaya memenangi ke-3 dalam persaingan tempat ke-3 dan ke-4.



Seorang pemain iaitu adik Muhammad Aidil Akmal b. Azizan berjaya mewakili negeri Perak namun terpaksa ditolak kerana beliau memilih untuk bermain Bola Sepak dimana beliau juga terpilih untuk mewakili negeri Perak di Alor Star pada tahun 2015 ini.


OLAHRAGA

Alhamdulillah pasukan olahraga juga berjaya menjadi JOHAN keseleluruhan pada edisi kali ini. Pencapaian ini amat membanggakan kerana SKSBAYORIAN sudah lama tidak dapat menjuarai sukan olahraga ini.

Keputusan dan jumlah pingat yang diperolehi oleh SKSBAYORIAN adalah seperti berikut :

JOHAN KESELURUHAN :

SK SUNGAI BAYOR

JUMLAH PINGAT :

1. Emas - 7
2. Perak - 5
3. Gangsa - 3