Sunday, 21 August 2016

PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN 2016 "SEHATI,SEJIWA"

Assalamualaikum..wbt..




PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2016.

LOGO BULAN KEBANGSAAN 2016


Banner Hari Kebangsaan 2016 SKSBAYORIAN



Bunting Perasmian Hari Kebangsaan 2016 SKSBAYORIAN

PENGENALAN

Program sambutan bulan kebangsaan peringkat sekolah akan dijalakan leh unitkokurikulum dengan kerjasama Panitia Sejarah, PSV, Muzik, pendidikan islam dan pusat sumber sekolah. Bermula pada anggal 15 Ogos 2016 dan berakhir pada 30 September 2016. Program ini dirancang bertepatan dengan inspirasi negara untuk melahirkan generasi yang sedar akan nilai kebebesan.

MATLAMAT 

Sambutan Bulan Kebangsaan adalah untuk memupuk pemahaman dan kesedaran pelajar tentang erti kemerdekaan. Melalui sambutan bulan kemerdekaan ini pelajar -pelajar dapat menghargai dan berbangga dengan pengorbanan pejuang kemerdekaan yang telah membebaskan negara dari penjajah.

OBJEKTIF

  • memupuk semangat cintakan negara
  • melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab serta mempunyai nilai patriotisme yang tinggi.
  • mendidik pelajar menghargai jasa-jasa pejuang terdahulu.
  • menerapkan nilai-nilai perpaduan dikalangan pelajar-pelajar sekaligus memupuk kerjasama diantara pelajar , guru dan kakitangan sekolah.
SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor serta semua guru-guru dan kakitangan SKSB.


GIMIK PELANCARAN

















AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG BULAN KEBANGSAAN

  1. Pelancaran Bulan Kemerdekaan.
  2. nyayian Lagu-lagu patriotik.
  3. Pertandingan Kelas patriotik.
  4. Pertandingan Kior Patriotik
  5. Pertandingan Mewarna
  6. Pertandingan Seni Visual
  7. pameran Kemerdekaan
  8. Kuiz dan teka silangkata
  9. Pertandingan Membaca puisi (Jawi).
  10. Pertandingan Foilio Merdeka
  11. pertandingan Banner Merdeka Tahap 2.
  12. Deklamasi Sajak 
  13. Majlis Bacaan Yassin untuk Tokoh Merdeka
  14. Kayuhan Merdeka
  15. Futsal Merdeka.


Monday, 1 August 2016

KLINIK MEMANAH SIRI 2/2016 SKSBAYORIAN

Assalamualaikum...wbt..





KLINIK MEMANAH SIRI 2/2016 SKSBAYORIAN.

30 Julai 2016, Sabtu - Alhamdulillah..bersyukur kehadrat ilahi kursus Memanah Siri 2/2016 SKSBAYORIAN anjuran Unit Kokurikulum yang diketuai oleh ikgu Mohammed Yusri b. Abdul Rahman selaku Penolong Kanan Kokurikulum SKSBAYORIAN dengan kerjasama APS Archery dapat dilaksanakan dengan berjaya dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan cuaca dan kekangan masa.

PENGLIBATAN  :

Murid : 30 orang murid.
Guru : 4 orang.











Tahniah diucapakan kepada Unit Kokurikulum diatas penganjuran pada tahun ini.

SAMBUTAN HARI RAYA SKSBAYORIAN 2016 !!!

Assalamualaikum..wbt..







22 Julai 2016 - SKSBAYORIAN telah menganjurkan Majlis Mesra Aidilfitri bagi tahun 2016. Majlis dijalankan dengan penuh meriah dan aktiviti yang dijalankan juga sangat menghiburkan. Selain aktiviti-aktiviti sampingan jamuan hari raya juga disediakan dengan juadah hari raya yang sangat enak.




Antara juadah yang disediakan adalah seperti lemang ketupat rendang, kuih raya dan lain-lain. Tujuan jamuan hari raya ini diadakan adalah bagi meraikan semua guru dan murid dan menghayati kemenangan sempena bulan ramadhan yang lalu. Selain itu juga penganjuran ini dapat merapatkan hubungan silaturahim diantara guru-guru dan murid-murid.

Diharap pada tahun-tahun mendatang Sambutan seperti ini dapat dijalakan dan menjadikan ianya lebih bermakna dengan bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi silaturahim diantara semua. Kami warga SKSBAYORIAN mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.