Tuesday, 12 February 2019

Kejayaan Pasukan Elite Sekolah 2017 !

Assalamualaikum...wbt...





3M - Masuk, Mesti, Menang !

Itulah motto yang digunakan oleh Pasukan Elite Sekolah sepanjang tahun 2017.
Pasukan Elite yang diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Bayor
iaitu Puan Marliana Binti Abdullah dan dibantu oleh Jurulatih-jurlatih yang memegang
amanah untuk menjadikan sekolah No 1 Kokurikulum (Sukan) di Zon Selama 2017.

Barisan Jurulatih Pasukan Elite Sekolah yang terdiri daripada :

1. Bola Baling - Encik Shamshul Kamar b. Bistaman / Puan Rozanita bt Che Yahya
2. Bola Sepak - Encik Abdul Hadi b. Senayan / Encik Hafizul Amin b. Mokhtar
3. Bola Tampar - Encik Shahrul Affendi b. Mat Saad / Encik Abdul Rashid B. Abd Samad
4. Olahraga - Encik Mior Shahril bin Mohd Wazid / Puan Fatin Siti Hamimah


PENCAPAIAN 2017 :

BOLA BALING

Bola Baling adalah satu sukan yang tidak asing lagi di SK Sungai Bayor, hal ini adalah kerana
Pasukan Bayorian adalah merupakan Juara Bertahan 3 tahun berturut-turut bagi pasukan Bola Baling
Lelaki. Bermula pada tahun 2015 sehingga 2017. Bukan sahaja diperingkat Zon malahan diperingkat daerah juga pasukan Bola Baling Bayorian sapu bersih dan menjadi Johan 2 Tahun berturut-turut.

Pasukan Bola Baling ini diketuai oleh Ketua Jurulatih iaitu Encik Shamshul Kamar dan juga pembantu beliauiaitu Puan Rozanita Bt Che Yahya.

Pencapaian Pasukan Lelaki 2017 : Johan Zon dan Johan Daerah
Pencapain Pasukan Perempuan 2017 : Ketiga Zon dan Johan Daerah

Beberapa orang pemain Bola Baling Bayorian dapat mewakili Zon dan daerah pada Tahun 2017.


BOLA SEPAK

Beberapa tahun kebelakangan ini, Pasukan Bola Sepak Bayorian juga merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi di Zon Selama. Ianya bermula apabila Pasukan Elite Bola Sepak telah berjaya merangkul Juara dan menjadi Juara bertahan pada tahun 2014 dan 2015. Seramai 9 orang pada tahun 2014 dan 2015 pemain dari pasukan Bayorian berjaya mewakili Zon, daerah dan Negeri.


Namun persediaan pada tahun 2016 sedikit terganggu pencapaian pasukan untuk menjadi pasukan yang menjadi Johan 3 tahun berturut-turut apabila pada tahun 2016 tiada pertandingan dijalankan di atas sebab keadaan cuaca yang terlalu panas pada tahun itu.

Walaupun pasukan Bola Sepak berlatih dan mengadakan latihan sepanjang tahun hal ini adalah tidak melemahkan semangat Pasukan Bola Sepak kerana tiada kejohanan pada tahun itu  dan mereka membuktikan bahawa Bayorian adalah pasukan pilihan 2016 apabila menjuarai Kejohanan Futsal Merdeka Edisi Ke-2 Piala Dato Haji Faizol Arby B. Mohd Shohor, anjuran bersama SK Sungai Bayor dan Ketua Pemuda UMNO Larut pada tahun 2016.

Selain itu juga pasukan Bola Sepak Bayorian menyertai Kejohanan Terbuka Bola Sepak bawah 14 Tahun dan layak sehingga ke Suku Akhir dan merupakan satu pencapaian terbaik kerana berjaya mengalahkan beberapa pasukan lain yang lebih dewasa. Pada tahun 2017 sekali lagi Bayorian menjuarai Kejohanan Bola Sepak bawah 12 tahun 2017.

Pencapaian Pasukan : Johan Bola Sepak Bawah 12 tahun 2017
Pemain Terbaik Kejohanan : Nur Iman B Mohd Zabri
Pemain Terbaik Pertandingan Akhir : Amar Soleh


BOLA TAMPAR

Bola Tampar juga merupakan salah satu sukan yang mengharumkan nama sekolah diperingkat zon mahupun daerah Bayorian merupakan pasukan pemangkin bagi pasukan sekolah-sekolah lain yang tidak bertanding menjadi pionner bagi mewujudkan pasukan Bola Tampar di sekolah masing-masing. Peningkatan pasukan dari tahun ke tahun meningkat dan secara tidak langsung membantu persiapan pasukan Zon Selama bagi menghadapi Kejohanan di peringkat daerah.

Pasukan Bola Tampar Bayorian adalah salah satu pasukan yang memberi persaingan hebat dikalangan sekolah-sekolah yang menyertai, pada tahun 2014 Pasukan Bola Tampar Perempuan menjadi Naib Johan pada kali pertama penyertaan, dan menjadi Johan Perempuan dan Naib Johan Lelaki pada tahun berikutnya (2015), Begitu juga pada tahun 2016.

Beberapa orang pemain pasukan bayorian juga dapat mewakili Zon dan derah pada tahun 2014 sehingga 2016.

Pencapaian Pasukan Lelaki 2017 :  Ketiga
Pencapaian pasukan perempuan 2017 : Naib Johan

Sunday, 16 July 2017

MAJLIS MESRA AIDILFITRI 2017 / 1438H

Assalamualaikum..wbt..






Pada minggu lalu iaitu pada 14 Julai 2017 / Jumaat bersamaan 20 Syawal 1438 H SKSBAYORIAN telah mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri Peringkat Sekolah. Sambutan yang diadakan dengan meriah dengan beberapa Jemputan Khas seperti YDP SKSBAYORIAN iaitu Puan Jalila dan juga Tuan Mohd Zaki dari IPD Selama selaku Bapa Angkat Sekolah.

Majlis diadakan di surau dan di kantin sekolah. Diawal pagi program yang bermula di surau adalah program bacaan yassin sempena percubaan peperiksaan UPSR peringkat Zon dan bacaan doa selamat seterusnya perjalanan program diadakan di kantin sekolah. Antara program yang diadakan adalah seperti berikut :

1. Persembahan nyayian dan tarian murid PPKI SKSBAYORIAN.
2. Persembahan nyayian lagu raya oleh murid-murid SKSBAYORIAN.
3. Persembahan nyayian lagu raya oleh guru-guru SKSBAYORIAN.

Selain itu juga, pelbagai juadah dan makanan disediakan oleh pihak sekolah dan juga secara 'pot luck' dimana murid-murid membawa kuih raya masing-masing untuk dikongsikan bersama rakan-rakan di sekolah.

Menu utama pada majlis ini adalah :

1. Kambing Bakar (Ditaja oleh En. Shamshul Kamar)
2. Nasi Tomato
3. Ayam Masak Merah
4. Ayam panggang dan sosej panggang
5. Bihun Sup (Tajaan oleh En. Zulkifli - Pemilik Kantin).
6. Lemang dan rendang ayam
7. Ketupat palas
8. Nasi Impit dan Kuah Kacang
9. Kuih raya dan Kek
10. Air Sirap dan orange

Semoga kami warga keluarga SKSBAYORIAN dapat meneruskan majlis-majlis seperti ini pada masa-masa akan datang, dan semoga ikatan persaudaraan dan persahabatan diantara warga sekolah, murid-murid dan juga komuniti luar dapat dikekalkan keharmoniannya.

Kami Warga SKSBAYORIAN mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN MINNAL AIDIL WAL FAIDZIN 











































Monday, 10 July 2017

Program Meraikan Bintang Kokurikulum 2017


Assalamualaikum...wbt...




Pada sabtu lepas bersamaan 8 Julai 2017. Pasukan Elite SKSBAYORIAN
telah mengadakan satu program khas di mana, program ini melibatkan
murid-murid yang terdiri daripada pasukan elite sekolah iaitu :

1. Pasukan Bola Sepak (Johan Zon).
2. Pasukan Bola Baling (Johan Zon Lelaki).
3. Pasukan Bola Tampar (Ketiga Zon Lelaki).

Ketiga-tiga Pasukan elite ini telah berjaya mencapai KPI yang ditetapkan.
Motto yang digunakan oleh Pasukan Elite adalah motto 3M iaitu

Masuk
Mesti
Menang !!

Menerusi motto yang diterapkan setiap Pasukan Elite itulah membuahkan hasil
dan di atas kerjasama semua pihak dari barisan pentadbir, jurulatih dan juga komitmen semua murid yang berazam untuk berjaya dan berusaha bersungguh-sungguh semasa latihan serta penerapan disiplin yang tinggi adalah unci kejayaan.

Justeru itu, barisan jurulatih bercadang meraikan murid-murid yang telah mengharumkan nama
sekolah di bawa untuk satu Program Khas di Swimming Pool Suria Apartment Bukit Merah.
Program ini di Ketuai oleh Encik Shamshul Kamar selaku Jurulatih Pasukan Elite Bola Baling merangkap Jurulatih Pusat Kokurikulum yang sangat berpengalaman dalam aktiviti rekreasi termasuklah aktiviti di dalam air. Selepas menjalakan aktiviti air, semua murid membersihkan diri kemudian bersama-sama mendirikan solat secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Hafiz b. Mazlan.

Selain daripada menjalani aktiviti rekreasi murid-murid juga diberikan jamuan khas dan ditempah khas di Restoran KFC, Makan sampai kenyang!

Semoga segala usaha yang telah dilakukan oleh murid-murid SKSBAYORIAN bagi mengharumkan nama sekolah terbalas, sedikit sebanyak memori yang tidak akan dilupakan sehingga mereka meningkat dewasa. Bagi pihak Kejurulatihan kami mengucapkan syabas , tahniah dan terima kasih kepada semua murid yang telah membantu menaikkan nama sekolah terutamanya bagi murid tahun enam yang bakal meninggalkan sekolah pada tahun ini, dan diharap semua murid tahun enam
terus fokus dalam menghadapi UPSR 2017 yang lebih cabaran. Semoga Berjaya !


We are Bayorian !!
We are extraordinary !!