Thursday 12 April 2012

TAHNIAH ZON SELAMA!!!!







TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING ZON SELAMA!!!!

Tahniah diucapkan kepada pasukan BOLA BALING ZON SELAMA B12 kerana berjaya menjuarai Kejohanan Bola Baling peringkat daerah LMS. Zon Selama telah menghantar 4 pasukan yang terdiri daripada pasukan lelaki/perempuan B18 dan juga lelaki/perempuan B12. Pasukan Bola Baling Zon Selama telah menjadi JOHAN keseluruhan bagi kejohanan ini. Zon Selama telah menjuarai 3 ketegori iaitu Perempuan B18, Perempuan B12 dan juga Lelaki B12. Nasib yang berbeza bagi pasukan B18 lelaki kerana tidak berjaya ke FINAL dan kalah diperingkat separuh akhir dan hanya berjaya menduduki tempat ke-4. 
Walaupun begitu, Zon Selama tetap menjadi JOHAN keseluruhan kerana berjaya memenangi 3 daripada 4 ketegori.


Kejohanan ini berlangsung di SMK Taman Panglima yang menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini buat dua tahun berturut-turut. Tahniah kepada SMK Taman Panglima kerana berjaya menganjurkan kejohanan dengan baik dan sempurna sekali, namun apakan daya atas hukum alam, hujan yang membasahi bumi SMK Taman Panglima dan mengakibatkan padang bertakung air dan juga kesan lumpur yang teruk sedikit sebanyak menjejaskan corak permainan setiap pasukan yang bertanding.

Walau bagaimanapun, kejohanan dapat diteruskan dan dapat menjadikan kejohanan Bola Baling ini sangat meriah, syabas sekali lagi buat tuan rumah SMK TAMAN PANGLIMA.

Terima kasih dan juga TAHNIAH! kepada Jurulatih iaitu Encik Shamsul dan Encik Aziz bagi pasukan lelaki, Encik Hairul dan Encik Nazmi bagi pasukan perempuan dan juga semua guru yang menjadi pengurus dan juga guru pengiring zon iaitu Puan Siti Norhaiza Othman (Pengerusi Zon, SKSB), Puan Zarina (fisioterapi, SKSB), Encik Asrul Haizan (pengurus lelaki, SKTRS), Puan Hazmariza (Pengurus perempuan SKSS) dan juga guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

Semoga pada tahun hadapan pasukan Bola Baling Zon Selama dapat mengekalkan kejuaraan dan dapat membantu Zon Selama menjadi pasukan pertama menjadi JUARA BERTAHAN SELAMA 6 TAHUN PADA TAHUN HADAPAN!!! SYABASS!!!!!













1 comment:

  1. tahniah kepada guru-guru yang terlibat...kalian guru yang hebat!!

    ReplyDelete