Tuesday 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU TANGGAL 16 MEI 2012


SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU-GURU
SKSB
SEKALIAN. HARAPAN KITA PADA TAHUN INI GURU-GURU DAPAT MENJADIKAN
TEMA " GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
SEBAGAI PEMANGKIN DIRI BAGI MEMUPUK SEMANGAT UNTUK TERUS MENDIDIK ANAK BANGSA. DISAMPING MENJADI KEMENJADIAN GURU YANG BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA!!




"GURU OH GURU"


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah SUNGAI BAYOR
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG - 1979



1 comment:

  1. Guru adalah segalanya..... terpikulkah olehmu wahai insan2 yg bergelar guru????? U ask 4 it!!!!

    ReplyDelete