Sunday 28 October 2012

Luar Biasa Cikgu Shamshul Kamar

Assalamualaikum...wbt...



SELAMAT DATANG........




Cikgu Shamshul Kamar.

Di Zon Selama siapa yang tidak kenal beliau?

sifu "Bola Baling Zon Selama dan juga daerah LMS dan NEGERI PERAK",

Kini beliau berada di SKSBAYOR, kehadiran beliau ke SKSBAYOR adalah sangat dialu-alukan kerana semangat dan keprofesionalisma bekerja. kehadiran beliau amat diperlukan di SKSBAYOR. Ketiadaan Puan Latipah Harun di jawatan PK 1 adalah sangat dirasai, kini kami memperolehi seorang pengganti PK 1 yang baru dan juga permata di setiap Sekolah yang beliau tadbir. Sudah pasti kehilangannya di SKSDENDANG pasti dirasi sekalian umat di sana.


Yang pergi tetap pergi, yang mendatang kita merai....


Khidmatnya sebagai PK HEM di SKSDENDANG selama beberapa tahun lamanya ditamatkan dengan kenaikkan pangkat ke PK 1 SKSBAYOR. kehadiran beliau menambahkan lagi bilangan guru lelaki SKSBAYOR yang sudah lama ketandusan guru lelaki. Kedatangan beliau adalah selepas sahabat baiknya iaitu Cikgu Berhanuddin yang berpindah ke SKSBAYOR pada bulan Ogos yang lalu sebagai PK KOKO. Kehadiran dua orang kuat di ZON SELAMA ini adalah sangat membanggakan SKSBAYOR. Diharap kehadiran Cikgu Shamshul dapat memberikan impak yang sama semasa beliau berada di SKSDENDANG.

Tahniah diucapkan kepada cikgu Shamshul kerana kenaikkan pangkat beliau. Khidmat beliau sudah pasti sangat diperlukan di SKSBAYOR kerana kekosongan jawatan PK 1.

Selamat menjadi :




"Berjalan jauh ke pekan hari
membeli rambutan di kedai Pak Lan
orang dinanti sudah ke mari
selamat datang Cikgu Shamshul kami ucapkan"


Kini SKSBAYOR lebih Luar Biasa.

No comments:

Post a Comment