Monday 10 July 2017

Abang Milo Datang Lagi !!!!

Assalamualaikum...wbt...



Buat kali kedua pada tahun ini, Abang Milo bertandang ke SKSBAYORIAN memberi peluang kepada anak-anak SKSBAYORIAN menikmati kesedapan dan kesegaran Minuman Coklat yang terkemuka di Malaysia. Milo merupakan minuman coklat yang sudah lama bertapak di Malaysia dibawah Syarikat Nestle Malaysia.

Seramai 265 orang murid termasuk 35 orang guru berpeluang menikmati minuman coklat Milo ini. Abang Milo pun sporting. Diharap pada masa-masa akan datang Abang Milo sudi bertandang lagi ke SKSBAYORIAN, Jangan malu jangan segan.

Terima Kasih Abang Milo kerana melayan telatah guru dan murid-murid SKSBAYORIAN.

Semoga dapat bertemu kembali.













No comments:

Post a Comment