Sunday 15 April 2012

Latihan Kebakaran SKSB

Pada hari Jumaat, 13 April 2012, SK Sungai Bayor telah mengadakan latihan kawad kebakaran.  Latihan tersebut telah berlangsung dengan jayanya.





Tujuan latihan kawad kebakaran ini dijalankan ialah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku kebakaran.  Latihan ini juga untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah.  

Pada jam 11.30 pagi loceng kecemasan dibunyikan secara berterusan menandakan berlakunya kebakaran.  Warga SKSB segera meninggalkan kelas serta bilik khas masing-masing dan berjalan pantas ke tempat berkumpul.  Guru-guru kelas membawa bersama buku rekod kedatangan murid ke tempat berkumpul dan memeriksa bilangan murid yang ada.  Murid berada dalam keadaan terkawal di bawah seliaan Penolong Kanan HEM, En. Hassan Basri B. Ardi serta guru-guru yang lain.    PK HEM menasihati murid supaya mengutamakan keselamatan diri semasa kecemasan.  

Tahniah kepada warga SKSB kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.
&
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.  We are under one roof!!


 1

 2

 3

 4

 5

 6

7

No comments:

Post a Comment