Wednesday 18 April 2012

Penyerahan Wang KWAPM

Pada 17 April yang lalu penyerahan wang KWAPM kepada pelajar SKSB seramai 166 pelajar telah berlangsung dengan jayanya. Selain penyerah wang KWAPM, majlis ini juga memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang Ujian 1 UPSR pada tahun 2012 ini. Majlis yang ringkas dan penuh bermakna ini menjadi satu majlis yang amat bermakna buat semua warga SKSB terutamanya Tuan Guru Besar SKSB kerana ini adalah kali pertama beliau menyambut YB Dato' Hamzah di SKSB. Pemberian wang ini adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar yang ibu bapanya perpendapatan rendah bagi meneruskan pengajian di sekolah. Walaupun majlis ini serba ringkas namun ia adalah sangat bermakna buat semua warga SKSB. Penyampaian  wang KWAPM ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YB Dato' Hamzah bin Zainuddin.  Jasamu Dikenang. Terima Kasih Dato'.


ketibaan Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zanuddin

 Ucapan YB


YB Menyerahkan hadiah kepada Pelajar Cemerlang Ujian 1 UPSR

 Jamuan makan Guru Besar SKSB bersama YB Dato' Zainuddin

SKSB GEMILANG!!!!

Kami semua warga SKSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada KPM kerana memberi keringan kepada semua warga yang berpendapatan rendah terus menghantar anak-anak mereka bersekolah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan jurang anak-anak sekolah di bandar dan diluar bandar. Semoga usaha yang dijalankan ini berterusan dan dapat keberkatan ALLAH SWT.





No comments:

Post a Comment